Rabu, 19 Oktober 2011

BUAT LOGO

  1. Buka New Document bersaiz 500x500pixels 
  2. Buatkan layer baru (create new layer) dalam Layer Window anda 
  3. Sekarang kita perlu buat guidelines. Guidelines ni berfungsi sebagai panduan kita utk center kan object kita dalam dokumen ni nanti. Maksudnya biar grafik tu betul-betul center.
  4. Dengan Layer 1 dipilih, tukarkan warna Set Foreground kepada color Turquoise kemudian click ALT+BACKSPACE. Anda akan dapati Layer 1 diisi dengan warna tersebut.
  5. Untuk buat guidelines horizontal dan vertical pastikan ruler anda ada di working panes anda. Click View > Click Ruler
  6. Masih dalam Menu View > Click New Guide > Click Vertical dan masukkan nilai dalam cm bagi vertical line. Tips untuk tahu berapa nilai cm lihat pada ruler anda. Dalam kes ini ialah 9cm bg 500x500pix cth seperti berikut 
  7. Click New Guide sekali lagi dan masukkan 9cm bagi Horizontal pula
  8. Tekan CTRL + T untuk Free Transform dimana anda boleh lihat dan adjust (drag) supaya garisan guidelines tersebut betul-betul center seperti contoh dibawah 
  9. Kemudian delete atau discard Layer 1 dan akan terhasil seperti dibawah 
  10. Create New Layer dan namakan sebagai Circle (double click pada Layer 1 yg baru dan namakan Circle)
  11. Set Foreground kepada color Black #000000 > Tekan U atau pilih Ellipse Tool > Draw kan bulatan ditengah-tengah guidelines tersebut 
  12. Supaya bulatan anda kemas, selepas memilih Ellipse Tool > Click mouse kiri jgn lepas dan Tekan SHIFT +ALT button jgn lepas ketiga-tiga ini thn drag mouse sehingga anda mendapat bulatan seperti dibawah 
  13. Dengan Ellipse Tool dan Layer Circle masih dipilih, Select Subtract From Shape Layer [-]  seperti gambar dibawah dan lakukan sama seperti no.12 untuk menghasilkan seperti gambar seterusnya
  14. Double Click pada Layer Circle untuk membuat Gradient Overlay> Click seperti no.1 (dlm gambar) > Click no.2 > Click no.3 > Click no.4 dan tukarkan kepada warna #333333 > kemudian drag no.3 agar jadi seperti no.3a dan 3b > Click no.5 > Click semula no.4 untuk ubah warna kepada #DADADA > Drag no.5 supaya jadi seperti no.5a dan 5b 
  15. Ia akan jadi seprti berikut 
  16. Create New Layer dan namakan sebagai Circle Top dan lakukan seperti langkah 11 (cuma buat bulatan itu slighty smaller agar ia berada didalam bulatan pertama. Hasil seperti gambar dibawah
  17. Buat Gradient Overlay seperti langkah 14 cuma warna gradients tersebut diubah seperti gambar dibawah. Untuk no.1 dan no.3 ubah warna pada no.4 kepada #686868 dan kemudian untuk no.2 ubah no.4 kepada warna #181818 > Klik OK
  18. Sekarang kita nak beri Layer Circle Top ini shining effect sikit. CTRL + Click pada icon Layer Circle Top (ada keluar gambar tangan berdots) Klik disitu then ia akan lakukan Marquee pada sekeliling bulatan tersebut 
  19. Create New Layer dan namakan sebagai Circle Top Shine > Select Elliptical Marquee Tool [m]  > Pilih Subtract From Selection option [-] 
  20. Kemudian Remove kan separuh daripada Marquee Selection yg kita buat tadi pada Langkah 18 
  21. Dengan Layer Circle Top Shine masih dipilih, Pilih Gradient Tool [G]   >  Tukar warna gradient seperti gambar dibawah > Klik no.1 > Klik no.2 dan tukarkan kepada putih #ffffff > Klik no.3 dan tukarkan no.2 kepada putih #ffffff  >  Klik no.4 dan juga tukarkan kpd warna putih pada no.2  >  Drag no.5 kepada 0% untuk jadikannya transparent > Fill kan bulatan separa tersebut dengan gradient ini
  22. Klik Layer Background > Click Create New Layer > Namakan New Layer ini sebagai Background Circle  > Klik [u] dan pilih Elliptical Tool > Draw kan bulatan ditengah-tengah (cover yg color putih dam bulatan anda)
  23. Double Click Layer Background Circle ini > Check Box Gradient Overlay  > Tukarkan warna kepada Biru #394f78 dan #0a0f14 > Klik Ok  > Check Box Inner Glow  > Tukarkan Warna Inner Glow kepada Black #00000 > Tukarkan Blend Mode daripada Screen kepada Normal  > Klik OK 
  24. Create New Layer dan namakan sebagai Background Circle Highlight (ia sepatutnya berada diatas Layer Background Circle anda)
  25. Klik [m] atau Pilih Elliptical Marquee Tool dan buatkan bulatan dalan bulatan color biru seperti yg anda lakukan pada bulatan di Langkah 11 dan Pilih Subtract From Selection untuk buat bulatan kedua yg nipis (lakukan seperti langkah 12 iaitu Klik kiri dulu jgn lepas kemuadian klik SHIFT + ALT supaya ia kemas dan kekal subtract) 
  26. Tekan G atau Pilih Gradient Tool > Fade kan warna daripada Putih #ffffff kepada Transparency > Kemudian dragkan keatas dari center / separuh bulatan > Dan dragkan kebawah dari center / sepruh bulatan > Tekan CTRL + D > Klik Menu Filter > Klik Blur > Klik Gaussian Blur > Dan Give it kepada 6.5 pixels (ikut kesesuaian anda)
  27. Create Layer Baru dan namakan sebagai Background Circle Shine > Klik [m] atau Pilih Elliptical Marquee Tool dan Draw kan sebuah Oval dibahagian atas
  28. Klik gradient Tool dan ubah kan warna kepada Fading White kepada Transperancy dan isikan pada Oval tersebut  > Double Klik pada Layer tersebut dan Ubah Blend Mode kepada Soft Light
  29. Sekarang kita akan masukkan huruf (anda boleh download secara percuma di http://cooltext.com  dan pilih Fonts)
  30. Saya akan masukkan huruf MJ
  31. Mula-mula klik pada Layer Background Circle Shine  > Create New Layer > Namakan M
  32. Klik Typin Tool > Pilih Font yg anda inginkan > Ubah kepada Saiz dan warna yg anda inginkan > Dan Taipkan (saiz bergantung kepada jenis font yg anda gunakan manakala warna pula saya gunakan warna kelabu)
  33. Ulang Langkah 32 dan namakan sebagai J
  34. Gunakan Move Tool untuk position kan huruf-huruf anda dengan klik pada layer huruf terbabit terlebih dahulu
  35. Klik Kanan Layer Circle  > Klik Copy Layer Style > Kemudian Klik Kanan pada Layer M > Paste Layer Style 
  36. CTRL Click pada Icon Layer M dan akan menghasilkan Marquee sekelilingnya
  37. Pergi ke Menu Select > Modify > Contract > Pilih pixels kepada 3 dan pixels akan mengecilkan kepada 3 pix
  38. Klik CTRL +E dan Kemudian klik CTRL J utk copy Marquee Selection tadi dan membuat Layer yang Baru > Namakan Layer baru ini M Top
  39. Double Klik pada layer ini dan Klik Gradient Overlay dan ubah slider scale kepada 150%
  40. Create layer yg baru diaatas Layer M Top dan namakan M Top Shine > CTRL Klik pada Icon Layer M Top untuk membuat Marquee Selection > Kemudian gunakan Elliptical Marquee [m] > Pilih Subtract From Selection untuk deselect separuh daripada Marquee Selection yg ada pada huruf terbabit 
  41. Kemudian Fill kan selection ini dengan Gradient Overlay dengan warna yg anda ingnkan. Saya pilih merah  
  42. Ulang Langkah 35 hingga 41 untuk Layer J pula
  43. Apabila selesai, saya lakukan final touch up dengan Double Klik pada Layer Circle kemudian  Klik Drop Shadow 
  44. Kemudian saya Double Klik pada Layer M Top Shine dan Klik Bevel and Emboss > OK > Klik Layer J Top Shine dan Klik Bevel and Emboss > OK
  45. Save file dan selesai…
  46. Anda boleh ubah semua langkah-langkah ini mengikut citarasa anda… cthnya hasil saya seperti berikut
  47. Selepas ini saya akan tunjukkan buat favicon sendiri pula…
  48. Selamat Mencuba!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar